BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 3, 2010

motip....???

sejak dua menjak ni asik sentap jerrr...
motip jd camnih..???
motip dok buat2 x tau...??? ekekeke..
hmmm... sabar jer laa..
kalau la iolss mampu bercerita...mampu lepaskan dlm ati iolss ni..mesti lega giler agaknyer..
tp tu laa.. bila iolss try nak cerita.. ada plak yg salah anggap..
lg sekali iolss sentap... sebak dada iolss nih..
maka terus-terusan la iolss camni...
simpan dlm ati...simpan & kongsi citer dgn diri sendiri jer..
perghhh... cam pathetic jer idop iolss nih.....ahaks..
tp xper la.. dr terus sentap ngan pendpt & pandangan manusia lain..biar la jd camni.. iolss rela nyahh...
biar la iolss cari semangat iolss yg tercicir ntah kat mana tu sensorg..
kecik punya hal laaa.. bknnyer iolss x biasa hadap jiwa kacau sensorg..
lg pun Yg Maha Pencipta tu ada.. iolss blh ngadu kat Dia ..
semoga iolss jd hambaNya yg redha... aminnnnnnnn.... (saper yg baca ni tolong aminkan sekali yer kalau sudi..)

sekian hasil posting iolss yg tgh sentap kali nih...(alhamdulillah..lega sikit dah..& nak sambung kerja)

Monday, September 27, 2010

bila masanyer korang ingat & teringat..??

mcm2 hal yg jd sjk akhir2 buat org terpikir..
bila masanyer korang teringat kat seseorg., lbh2 lg org yg korang jrg jumpa...??
masa korang duduk melepak sensorg..?
masa korang sunyi & xder kawan nak berbual..??
masa korang bermasalah..??
masa korang tgh susah & perlukan bantuan..??

bg org..org selalu gak ingat ..
biar apa pun manusia tu anggap.. org x lupa..
org ingat kat manusia2 yg tlg org..
org ingat kat manusia2 yg org bertukar cerita..
org ingat kat manusia2 yg jd teman gurau org...
org ingat kat manusia2 yg jd teman gaduh org..
org ingat kat manusia2 yg org susahkan..err..ada ke yg org susahkan..??
ooo.. ada la.. plg parah yg temankan org pi blind date sampai ke utara dulu..hehehe
see...org x lupa sumer tu..
org ingat manusia2 yg tabur janji kosong kat org...
org gak x lupa kat manusia2 penipu..w/pun kdg2 jer teringat..
org mmg pelupa..tp org tetap ingat..

tp kalau manusia2 len x ingat kat org..
org x kesah..sbb org percaya ada pekdah yg org dpt bila manusia2 tu lupakan org..
bak kata yg sering kita dgr.. ada hikmah pd setiap kejadian..
kata2 ni la yg org pegang dr dulu..
dgn kata2 ni gak buat org x meratap bila hilangnyer manusia2 tertentu dr hidup org..

so korang camner plak..??
bila masanyer korang ingat & teringat..??

p/s - this post will be amended later..
lapar la..nak pi isi perut jap..

Friday, August 13, 2010

musafir - panduan solat jamak & qasar..

Sekadar berkongsi ilmu juga peringatan utk diri sendiri yg gelabah bila nak travel jejauh (sethn sekali)..
dieksport dari http://www.e-zakat.com.my/

SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim

Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :

i. Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak

ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram

iii. Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir

Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

* Musafirnya tidak bertujuan maksiat.

* Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km

* Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram

* Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)

* Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya

* Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya

* Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'

* Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

* Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
* Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :

i. Solat Zohor dan Asar.


Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan
dengan Asar kerana Allah Taala








Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala






ii. Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan
ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala







Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar
kerana Allah Taala






Niat Jama' Takhir dan Qasar:

i. Solat Zohor dan Asar

Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan
dengan Asar kerana Allah Taala









Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar
 kerana Allah Taala






ii. Solat Maghrib dan Isya'

`
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan
dengan isya' tunai kerana Allah Taala.











Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :

Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar
kerana Allah Taala

Thursday, August 12, 2010

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Sharing is caring
Article by Ustaz Zaharudin

 *******
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ
 وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ
 فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

 Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi..


Monday, June 7, 2010

x suker..x suker..x suker..

I hate love that makes me feel weak..
I hate love that makes me feel sad..
I hate love that makes me hate my own self..

Thursday, April 22, 2010

letih, penat dan yg sewaktu dgnnyer...

letih & penat sgt rasanya..
bukan fizikal yg penat..
tp mental ni haa..hati, perasaan ngan otak ni yg letih..

udah ler letih didera & buli mentally ngan sedara sendiri..
makcik admin tu pun menambah lg dgn pangai malas dia tu..
dr pagi bawak ke petang nak lepas tangan jer kijer dia..
haaa.. ni mula la nak ngompat nih...
geram arr ngan makcik nih..
xpasal2 org membebel sensorang ..

kisahnyer camni..
pepagi hari org bukak email & ada 1 email dari boss tu suruh order binding machine yg mcm finance department guna..
org pun dgn gigihnyer sblm pkl 8 pg forward la email tu kat makcik admin nih utk further action..
tup-tup lps pkl 8:30 tu makcik tu balas suruh tunjuk kat dia mesen tu kat dia..
dgn laju & berdesupnyer org balas suruh dia pi cek & tengok kat finance dept..
yer la kann... xkan la org nak hangkut mesen yg berat tu dr tingkat 11 pi bawak jumpa dia kat tingkat 14..
lg pun dia patut ada rekod pasal mesen tu sbb dia yg uruskan segala form & quotation...

nak dijadikan cerita utk kes ptg ni plak...makcik ni kena serahkan satu sim kad baru dak dept org ni kat IT dept..
bila tanya IT dept.. IT dept kata makcik ni x bg lagi..
kalau ikutkan hari isnin hari tu lg dia patut bagi kat IT..ni dah hari khamis.. apa kesssss??
benda tu dah stated dlm email yg boss dia hantar ke IT dept..
so org ngan dak IT pun pakat la.. org yg akan tanyer makcik ni lepas kompemkan yg bos kat IT dept tu mmg x terima lagi sim kad tu..
hehehe... jahatkan kitorg...??

maka org pun tipon la makcik ni...
org : akak... sim kad baru si saiful tu apa cerita??
makcik : tanya la aza.. kak ti tak tau apa2.
hamboi..hamboi..hamboiiiiiiiiii.... senangnyer jawab..
org tipon dak IT ni & bitau dia org akan antor email kat makcik ni mintak dia update status sim kad tu in writing besertakan email dr boss dia tu..(org bold in red lg ayat2 boss dia tu)..
org hantar kat makcik tu.. copy kat boss dia... copy kat boss org & bcc kat IT..

haaaa... lepas tu org IT yg satu floor dgn makcik ni bitau makcik ni baru la bergerak dari tempat dia tu tanya kat boss IT btl ke yg diorg x dpt lg sim kad tu..
& dgn selambanya boss IT kata.."dah you x bg lagi camner I nk dpt?"..
cissss.. x cayer lg email yg org hntr tu...
tp xper..
setdk2nyer org dah berjaya buat dia angkat montot dia tu dr kerusi dia yg empok tu...

moral of the story..
kot yer pun bukak kasino bersempena ngan boss sibuk kat kuching... jgn lupa buat kijer yg patut dibuat..
lbh2 lg bila melibatkan Legal & IT dept...
don't play-play with us...

(blm edit & bakal di edit..)

Monday, March 15, 2010

can anybody explain to me, plizzzzzzzzz....

org masih lg tercari2 jawapan pd soalan yg 1 ni...
selagi org terus jumpa & kenal ngan manusia2 spesis ni...selagi tu la org tertanya2...
kalau ada sesaper yg tau...boleh x tolong jelaskan kat org..??

org dah tanya dah kat mamat2 yg org kenal..
lbh2 lg kat mamat2 yg mengaku suka/syg kat org...
tp org x puas ati la ngan jawapan diorg tu..
antara jwpn yg org terima - lelaki ni senang jatuh cinta..

kdg2 tu rasa cam ringan jer mulut ni nak sebut 1 perkataan tu masa tanya soklan tu kat diorg...
tp risau kot2 diorg kecik ati plak...hehehe...
tp betul tauuuu...
org tingin sgt nk guna ayat ni masa tanya soklan tu kat diorg...
soklannyer adalah seperti berikut....

KENAPA RAMAI LELAKI CEPAT SGT MENGAKU SUKA & SYG...
KORANG NI JENIS DESPERATE KE..???
BARU KENAL ... XTAU PANGAI ORG  NI CAMNER TERUS NGAKU SYG...
ILANG AKAL KE KORANG NIH...???

agak2 korang la kan...  kalau org guna ayat ni ada x yg maki org semula....?? ekekeke...

 hmmm... ntah pengakuan syg dr saper boleh buat ati org ni rasa terujer agaknyer yer..???
setakat ni org xrasa apa2 pun...
yg baru2 ni pun camtu gak... org x rasa apa2...kosong....zero....nil.... nothing...
keras & kering sgt ke ati org nih...??

ishhh.. org kena stop kat sini...
kang x pasal2 terkeluar citer lain plak kang...
ni pun rasa cam membuak2 nak berciter haa... hehehe
hmmm... ntahaperhaperntah..

Saturday, February 27, 2010

x koser tauuuu...!!

kenapa dia nak pertikaikan hal org yg kerap balik kpg jengok mak..???
apa hak dia nak halang org tunaikan tanggungjawab org sbg anak selagi org termampu (plus single) & selagi mak org masih hidup...???
kenapa plak dia nak bandingkan diri & idop dia tu dgn org...???
pastu dia kata org x kawin lg sbb cara idop org yg cuma utk kerja & family org...
xblh nak commit pd hal lain..
so what..???!!!! tu jer la sorang mak org...bknnyer 2-3 org..

dia lain arr... mak dia muda & sihat lg...xsampai 60 tawon pun..
mak org dah 74 tawon...selalu x sihat...
itu pun dia x nak pikir... lg 1 dia lupa... ajal xkenal usia....

manusia mcm ni ke yg org nak terima dia dlm idop org..??
yg sentiasa anggap diri dia betul & org plak sentiasa salah..???
tiap kali org nak pertahankan diri org..dia kata org degil..xdgr kata..!!
lantak dia arr nak kata org apa pun...
org pun dah kabor kat dia...katalah apa jer..anggap jer la diri dia tu betul...
yg buruk tu org..yg baik tu dia sorang...!!
org malas nak buang masa argue ngan manusia camtu...

astaghfirullah...! Allah jer yg tahu camner org cuba bersabar td..
tp td mmg org geram ngan mamat tu...
apa2 pun.. alhamdulillah sbb gerak hati org bila jumpa dia hari tu mmg x silap...

haaa... korang nak tau x camner boleh timbul kes nih...??
mesti korang nak tau kan....?? meh org bitau...
puncanya .... dia ajak tgk wayang tp org xmo...org kata buat masa ni org xder masa..
dia ajak plak hari sabtu... hari org balik mengadap omak kat kampung...

haaa.. tu la puncanya...
dia marah sbb org xnak luangkan masa utk dia...
beb... dating tgk wayang ni org kureng sket arr...
lg pun org dah kabor kat dia kalau nak jumpa... jumpa sbg kawan jer..
tu agaknya dia makin angin ngan org...
hehehe...bila pikir2 semula cam kelakar plak...

sbnrnyakan..org dah pasan pangai dia ni dr sblm first time jumpa dia lg...
masa tu dia ajak jumpa tp org kata xblh sbb dah janji ngan anak buah org..
dia suruh org tangguhkan janji org ngan anak buah org tu walhal bdk tu dah nak blk perak..

mcm2 lg dia kata kat org thru ym tadi...
tp kang kalau org citer kang panjang plak entry ni nanti..
eh..lupa plak nak bitau saper dia ni..
dia ni la yg anak tunggal & ala2 manja yg org citer kat 'bicara ttg jodoh iv' tu...
lps kes sms kononnya dia kat spital tu.. dia kerap tipon org tp org xpernah jawab..

apa2 la mamat ooiiiii..... org xkoser nak layan awak dah..
blm apa2 lg dah sekat org dr jengok mak org...lyn anak buah org..
nak org layan dia sorang jerrr...
hmmm... ntahaperhaperntah...

Tuesday, February 23, 2010

bicara ttg jodoh (siri iv)


entry kali ni sambungan ciri2 manusia2 giler..
ni pengalaman terbaru org....
ala2 fresh from the oven gitewww...hehehe..

asal entry kali ni sbnrnya camni..
semua ni ada la kaitan ngan umur org yg makin lama makin remaja nih..
org pun mcm tersedar dr mimpi..."my goodness.. org xkawin lagi..!!"
ekekeke...lbh krg camtu arr..
tp ni xbermakna org desperate ehhh...& sbb xrasa diri desperate la maka hal ni terjadi..

apa sbnrnya yg jd???? jeng..jeng..jenggggg..!!!
org cuba berkawan semula...
tp sygnya yg org jumpa msh lg dr spesis manusia2 giler... :(

sbnrnya org cuba gak menganalisa diri org..
yer la kan.. xkan la nak salahkan org len jerrr...
mesti ada salah silap kat diri org gak..
hmmm.. nak kata org ni memilih...opkos la kan..
xkan men rembat jer mana yg dtg...giler ke nak buat camtu..??
kan org dah kata org bknnya desperate..!!
nak kata org ni cerewet... oooo... takkkk... org x cerewet..
org cuma kalau blh..kalau blh la kannn... (kang korang kata org demand plak..)
kalau boleh biarlah semenggah pangainyer tu...
jg amal ibadat...(x warak pun xper janji semayg/puasa xtinggal..)
tu jerrr.... haa... mana ada lbh2 kann...??

tp tu laaa...
yg org jumpa & kenal ni spesis yg plg org xcaya...
blm apa2 dah kata suka..dah kata syg...
plg parah setakat ni siap kata kat org.."sy nak awak jugak..!!"
giler kan diorg nih..??
kenal xsampai seminggu dah cakap cam tu kat org..
huh..!! mmg xleh cayer manusia2 giler camni..!!
entah dah berapa ramai pempuan la dia kata camtu...??

solution utk kes2 ni..
yg no. 1...org buat dia jd boring ngan org..
caranya..bila dia buat lawak org plak buat blurr...
ekekeke..bengang member tu beb..
kalau korang dah baca bicara ttg jodoh iii...dia ni la yg dlm proses siasatan tu..
sbb org xleh cayer kat dia..so org xmo la buang masa..

yg no. 2... selain dr kata syg kat org pd hari ke-2 kenal..dia ni 7 tawon lbh muda dr org..
so org kabor kat dia...pikir la jauh2 sket masa depan dia tu..
tp dia xmo..so org ignore dia..abis citer..

yg no. 3... konon2nyer yg plg romentik arr...(bkn org yg kata ehh tp dia yg ngaku..)
yg ni utk lps kan diri..org cari pasal ngan dia...ekekeke..(kisah dia ni panjang sket ehh)
sbnrnyerkan dia ni nampak cam baik arr..
tp mcm yg len2 tu..selain cepat sgt syg2 ni.. dia ni xsdh2 mintak nak pegang2 tangan org...
katanya utk merasakan aura kasih syg...(part ayat dia yg ni buat org rasa nak gelak guling2 atas lantai)..
konon2nyer romentik arr tu...
hampeh arr... aura kasih syg ke napsu...???!!

org rasa la kan dia makin tingin nk pegang tangan org sbb org kata org xleh nak terima dia lbh dr kawan biasa..
konon2nyer pd dia kalau dah pegang tangan tu wujud la rasa syg kat dia...  piiirahhhhh!!!
tp kan nasib bek dia baru mintak jer... kalau dia terus pegang.. mmg ada drama swasta la jawabnyer..
so..kes nak mintak pegang tgn ni org gunakan utk lepaskan diri..

selain dr tu kann... org cam xleh arr terima pangai dia yg terlbh manja tu..(anak tunggal kekdahnyerrr)
ishhhh... rimas arr...(alasan kalau dah x suka...ekekeke..)
tp btl tauuu... ada sekali tu ..ayat yg kuar dr mulut dia buat org angkat kening..
masa tu dia nak bli tiket lrt..manusia kat keliling ramai nih...
org kata la kat dia..."awak beli la tiket awak...sy tunggu kat platform atas"
dia jawab apa tau..?? korang x tau kannn..?? haaa..ni haa org nak bitau..
dia jawab..."alaaa...tunggu la...kita jln sama2...abg nak manja2 ngan awak nih..."
ahak...ahak..ahak...ahak....ayattttttt...!!!
dgn cara dia cakap tu... adoiyaiiiii....
kalau geng2 org ada kat situ kompem diorg pakat berjemaah gelakkan org...

hmmm.. bila org dah kabor xleh nk terima dia..mcm2 la ayat dia kuarkan nak pujuk org ..
tp kalau hati tu kat tahap natural jer... xleh nak terima lbh dr kawan..xkan nk paksa kan..?
sooo..hrp2 mlm td mlm terakhir dia sms & try tipon org...
1st sms - doakan org happy... pastu jgn lupakan dia .. kalau dia meninggal jgn lupa sedekahkan fatihah...
2nd sms - suh org jwb phone...dia kata dia kat spital...
tp org terus off phone...tp terpikir gak..dia buatnyer dia buat kerja giler .. parah gak nanti..
tp pastu org terpikir lg.. baru sat td nampak dia online ym..camner leh tiba2 kat spital plak..??
kuang..kuang..kuangggg... kantoi lg...hehehe.. (sblm2 ni dia ada nak test org tp xmenjd..)
apa2 pun org harap dia ok...

adoiyaiii.. mcm2 la manusia ni...
penat kepala otak layan kerenah manusia2 giler nih...
yg waras mana weiiii...??
dah abis stock ke..?? kalau dah abis stock agak2 ada stock yg baru tak..??
ke dah pupus terus..??? huhuhu..
hmmm... ntahaperhaperntah..

Tuesday, February 2, 2010

bicara ttg jodoh (siri iii)


dlm hal cari jodoh ni..kena la kenal dulu..
utk kenal..kena la kawan dulu..
dlm proses berkawan ni mcm2 jenis manusia yg kita akan jumpa..

spt yg pernah org katakan pd siri yg lps..
org akan bercerita ttg spesis2 manusia gila..
apa yg org citerkan ni kebykannyer berdasarkan pengalaman org sendiri & sket dr kengkawan org..

satu dr spesis2 manusia yg org & kengkawan org anggap giler ialah penipu..
katanya nak berkawan tp awal2 lg dok menipu...
giler la namanyer kannn???
penipu pun xsuka kalau dia kena tipu...
& manusia yg ilang akal jer nak berkawan ngan penipu..

tpkan..yg kelakarnya ...
kebykan penipu2 yg org kenal ni boleh dimasukkan dlm 1 kategori...
kategori tu adalah kategori 'teramatlah kurang cerdik akalnyer..'
ataupun dlm bahasa kasarnya...bodoh...
kalau manusia cerdik cuba menipu...kantoinya lambat sket..
tp kalau yg 'teramatlah krg cerdik' ni kejap jer dah kantoi...

biasanya penipu jenis 'teramatlah krg cerdik' ni akan anggap yg dtipu tu jauhhhhhhhhh lagi krg cerdik dr dia..
haaa... tang ni la yg buat org geram...
dah kantoi bila cuba menipu tp tetap nak cover dgn terus menipu yg meninggikan lg tahap 'teramatlah kurang cerdik'nya tu....

org bknnya jenis kijam..
org pernah bg peluang kat manusia2 camni utk betulkan keadaan...
ada dlm 1 kes org terang2 tanya kat dia - ada apa2 ke nak bitau/cerita kat org..
dia sengih & kata - camner awak tau sy patut bitau awak s/thing ekk??
org tnya dia lg..- nak bitau ke x?
tp pastu dia kata xder apa nak dibitau..

beberapa hari lps tu bila dia dah sedar org tau perkara sbnr yg dia sembunyikan tu ..dia ada 2 permintaan..
memuler dia mintak mahap...
ok.. org mahapkan..
yg kedua..dia nak terus kawan ngan org...
sad to say...org terpaksa tolak permintaan dia yg ni..
org xmo kawan ngan manusia spesis giler camni..
camner nk kawan kalau org xleh nak cayer kat dia..???

ni org nak share satu lg kes....
ni kes lama & agak kelakar sket....
dia ni ngaku dibesarkan kat australia..
tp bila org try guna bahasa omputih sket ngan dia .. dia marah..
org try gak lg guna ayat omputih yg senang2...pun dia marah gak..
korang x suspect apa2 ke kalau hal camni jd kat korang..??
org pun apa lg.. mulalah jd spy xbertauliah...ekeke..
hasilnya mmg dia ni cuba menipu...
tp kan..sementara nak tau hasil siasatan tu...mcm2 lg yg dia citer pasal diri dia...
semuanya very outstanding...
tp yg pastinya sumer tu TIPU...
bila dia dah sedar yg org dah tau saper dia sbnrnya....
mulalah dia kacau org...tipon ngan sms jgn nak citer arr..sumer xkira masa..
lastly... org yg jenis xsuka tkr no tipon terpaksa gak tukar no. tipon..
pssttt...yg ni rahsia tauuu...
sbnrnyakan...org kan...sempat kenakan dia nih...
org bknnya buat jht apa pun..org cuma nk tau dia buruk2kan org ke x...tu jerrr...

u know what?? of course u don't know kannnnn????
ni kes baru nih...
org kenal sorg umat nih...
org rasa dia ni spesis giler yg org citerkan nih..
& org tgh dlm proses pengesahan yg dia ni cuba menipu org..
kalau betul dia menipu mmglah dia anggap org lbh bodoh dr bdk tadika..
naper org kata dia anggap org bodoh thp camtu..??
sbbnyer org dah ada bukti dia cuba menipu & org tunjuk kat dia tp dia tetap pilih nak terus menipu.
beb... i'm not genius but i'm not stupid ok...!!

jdnyer....kalau nak tau dia ni penipu atau org yg tersilap..
kita tungguuuuuuuuuuuuuuu!!!

moral of the story...
kalau nk berkawan tu xyah la nk menipu...
be honest...be yourself...
insya-Allah korang akan lbh dihargai & idup lbh berkat & selamat...

ok la...panjang dah citer kali nih..
lenkali org citer lg spesis giler yg len plak eh..
hmmm... ntahaperhaperntah..

Friday, January 22, 2010

jap..japppp...


jap...nak rest kejap...
sakit kepala..
rasa nak muntah pun ada..
semua ni sbb kerenah makcik kat admin dept...

naper la makcik sorang tu degil sgt..
org dah kabor..boss HR yg kena sign..
tp dia degil nak boss org gak sign..
org sound dia lg - kalau nak boss org sign kenapa ltk as GMHR..
makcik ni dgn selambanya jawab - yg dulu dia sign..
adehhh...kalau dah malas tu ada jer alasannyer...

nak puaskan hati makcik admin ni org pun bg la kat boss..
& boss suruh bg kat HR...
haaaa.... kan org dah kata td..boss HR yg kena sign...
kijer dah lbh 25 tawon tp procedure hancurrrr....

apa2 pun plg best bila kawan org terkena ngan makcik tu..

udah ler kijer issue P.O tu dah seminggu makcik tu tangguhkan..
bila kawan org tanyer lg makcik ni.. dgn selamba ayunyer dia jawab..- tgklah..kalau akak senang, esok akak buat...
hangin satu badan kawan org tu beb..

sesungguh makcik tu kaya dgn jawapan & alasan utk meng'cover' kemalasannyer...hehehe..
tp tu laa... jawapan & alasan dia tu sentiasa menguji kesabaran saper2 yg dgrkannyer...
makcik..makcik...
hmm...ntahaperhaperntah..

kisah semalam (i)..

semlm hr khamis, 21 Januari 2010..


opis org buat kempen derma darah..
aktiviti ni dah kira aktiviti tahunan anjuran kelab rekreasi..
selalunya buat tgh tawon tp kali ni buat awal..ntah naper ntah..

smlm pg2 hari lg boss dah bising suh sumer org pi derma darah...
kesian boss..tiap2 tawon nak derma darah tp kena rijek sbb berat bdn krg 50 kg..
halusnyer lak aii boss org nih...jelez tawww...

tp semlm mmg meriah...
ramai sungguh yg dtg derma darah..
rasanya yg meramaikan tu org2 luar...


& mcm dah jd kemestian mesti ada yg pengsan..
tawon lps despatch opis ni pengsan...
tawon ni ada bdk pempuan cina plak pengsan..tp bdk tu bkn dr opis kitorg..
lbh 2 jam amoi tu pengsan..kesian beb..
masa amoi tu nak jatuh, kepala dia terhantuk kat dinding kaca yg ada kat situ..
dah benjol plak kepala amoi tuuuu...
lastly call ambulan..tp dgr citer xlama pun dia kat sepital tu..
bila dia dah ok sket driver opis ni hntr blk rumah..

bebdk ni bila dgr ada yg pengsan ada plak yg dtg & tipon org..marah2 org...hehehe..
sbbnya sblm org pi derma darah pg smlm org x pi mkn dulu...
masa doktor & nurse tanya org jawab dah mkn kuih..
walhal seteguk air pun org x telan lg masa tu...
tu pasal ada yg marah org sbb xbekpes pg tu..
alaaa....org bkn saja2 xmo bekpes...org xder masa jer...
tp alhamdulillah org ok jer lps derma darah tu..

apa2 pun mekasih la kengkawan yg mrh2 tu..
i know u care for me..
i know u luv me..& i luv u too...hik hik..
hmm.. ntahaperhaperntah..

Friday, January 15, 2010

Reflections of life (i)

Bad Temper

Once there was a little boy who had a bad temper.  His father gave him a bag of nails and told him that every time he lost his temper, he must hammer a nail into the back of the fence.

The first day, the boy had driven 37 nails into the fence.  Over the next few weeks, as he learned to control his anger, the number of nails hammered daily gradually greww less.  He discovered it was easier to hold his temper than to drive those nails into the fence.

Finally the day came when the boy didn't lose his temper at all.  On hearing this, the father suggested that the boy now pulled out one nail for each day that he was able to hold his temper.


The day passed and the boy was finally able to tell his father that all nails were gone.  The father took his son to the fence and said, "you have done well, son, but look at the holes in the fence.  The fence will never be the same.  When you say things in anger, they leave a scar like this. You can put a knife in a man and draw it out. It won't matter how many times you say you're sorry, but the wound is there."



If you're angry at a loved one, hug that person and mean it.  You may not want to hug - which is all the more reason to do so.  I'ts hard to stay angry when someone shows they love you, and that's precisely what happens when we hug each other. ~ Walter Anderson

Tuesday, January 5, 2010

kisah awal 2010...

mcm huru-hara plak hidup org awal2 tahun 2010 ni.









1 Januari ok lagi...

2 Januari..
pg2 pi beli barang2 nak buat spaghetti utk mlmnya..alaaa utk sambutan harijadi irfan ngan mak tam....
pergi tu plak ngan bebudak lelaki...apa lagiiii.... kena pow la jawabnya...biasanya diorg tanyer dulu blh ke x nk beli tp kali ni diorg rembat jer...
ptg tu dlm x sihat siapkan gak spaghetti yg chik cham hajatkan tu..
mlmnyer abis sumer spaghetti tu..alhamdulillah...seronok tgk diorg makan...org jer xmakan sbb xder selera..
ops..lupa plak nak kabor...menu lain utk mlm tu ikan ngan sotong bakar...besttttt!!! yg jd tukang bakar - pak andak ngan pak tam..



3 Januari...
dlm xberapa nak sihat gagahkan diri balik KL..
terasa btl sunyi kat rumah bila dah xder laptop nih...

4 Januari...

mc utk hari pertama kerja tahun 2010 nih...perghhhh...dah bertahun rasanya x mc tetiber awal2 tahun dah buat rekod...hehehe...

5 Januari...hari ni laa...
terlewat bangun sbb mlm td byk kali terjaga...
sedar2 dah dkt nak azan subuh...apa lagi...kelam kabut bangun pi mandi...
sampai opis dkt pkl 7 pg..

harap2 esok kembali normal...
hmmmm... ntahaperhaperntah...